Wednesday, February 8, 2012

Penting & perlunya kita mengkaji Al-qur'an

Salam anak2ku,

Allah SWT turunkan AQ sebagai petunjuk/hidayah (Surah Al-Baqarah:2) bagi orang2 yg bertakwa:

2:2
Muhsin Khan
This is the Book (the Quran), whereof there is no doubt, a guidance to those who are Al-Muttaqun [the pious and righteous persons who fear Allah much (abstain from all kinds of sins and evil deeds which He has forbidden) and love Allah much (perform all kinds of good deeds which He has ordained)].
Yusuf Ali
This is the Book; in it is guidance sure, without doubt, to those who fear Allah;
Indonesian
Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa,
Malay
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; 
(Rujukan: http://quran.com/2)

Kita diperintahkan Allah SWT utk membaca, merenung (tadabbur), berfikir, mencari pemahaman/penjelasan/ tafsiran supaya kita tahu apa yg Allah SWT suruh dan larang. Itulah antara lain yg dimaksudkan takwa - yakni mematuhi semua perintah/arahan Allah SWT & menjauhi semua perkara yg dilarang Allah SWT.
Jika orang2 bukan Islampun bila membaca/mengkaji dengan perasaan ingin tahu/ikhlas, mereka nampak kebenaran, kenapa kita tidak?
Mungkin sebab:
i) tidak ikhlas?

ii) tidak sungguh-sungguh?
iii) baca sahaja utk dapat pahala, tetapi TIDAK berfikir/merenung?
iv) sebab2 lain yg masing2 sendiri lebih mengetahui
Jadi, utk mendapat petunjuk ke jalan benar, jalan yg Allah SWT redhai, maka bacalah, renungilah & carilah makna & tafsiran tentang ayat12 Allah SWT ini. Moga kita dirahmati Allah SWT.

Aktres bersyahadah setelah mengkaji al-Quran

Share36
angelina collinsDibesarkan dalam keluarga Katolik, bintang filem televisyen Amerika Syarikat ini berasa pelik dengan keyakinannya. Pada ketika usianya 14 tahun, beliau mula mempersoalkan konsep triniti.
“Mengapa agama saya begitu rumit?” keluhnya kepada diri sendiri pada suatu hari.
Sepanjang hidup, beliau belajar memahami agama nenek moyangnya itu. Tetapi ketika sampai kepada konsep ketuhanan beliau benar-benar keliru.
“Saya hairan terutama tentang mengapa Tuhan akan datang sebagai manusia dan akan membiarkan dirinya untuk mati bagi dosa-dosa pengikutnya,” terangnya menceritakan kisah hidupnya.
Keyakinannya mengenai ketuhanan terus berlegar. Ketika remaja, beliau memudahkan konsep triniti “tiga dalam satu” menjadi “dua dalam satu.” Apabila meningkat dewasa, beliau semakin yakin bahawa Pencipta seharusnya hanya satu.
Wanita itu adalah Angelina Collins, aktres yang namanya terus meniti di bibir peminatnya di Amerika Syarikat. Bagaimanapun kali ini ia bukan tentang filem televisyen yang dibintanginya, tetapi tentang keislamannya.
Collins bersyahadah tidak lama selepas tragedi 11 September 2001. Detik bersejarah itu bermula apabila beliau berkesempatan mempelajari Islam dan dengan dengan bersungguh-sungguh mempelajari kitab suci al-Quran.
“Saya melihat Islam sebagai agama yang datang untuk menjelaskan kesalahan manusia yang mengubah firman Allah yang asal agar sesuai dengan kepentingan mereka. Islam itu mudah; Allah adalah Allah. Allah mencipta kami dan kami menyembah Allah sahaja. Allah mengutus Musa, Isa, dan Muhammad (sallallahu alaihi wasallam) untuk menyampaikan mesej-Nya dan membimbing semua orang,” katanya selepas mendalami dan menghayati Islam.
“Selepas membaca al-Quran dua kali dan menelaahnya secara terperinci, saya percaya bahawa karya ini hanya boleh datang dari Pencipta saya,” kenang Collins yang kemudian dengan yakin memilih Islam sebagai agamanya.
Menjadi mualaf bukan bererti tanpa cabaran bagi Collins. Amerika Syarikat yang salah memahami Islam menjadi cabaran beratnya. Tentangan itu termasuklah daripada keluarga beliau sendiri.
“Sudah bukan rahsia lagi bahawa Islam secara serius disalahfahamkan di tanah air saya, Amerika Syarikat. Maka, pilihan saya pada agama 'kontroversi' ini membuat keluarga dan rakan-rakan risau,” jelasnya.
Meskipun demikian, langkah Collins tetap utuh. Kebenaran Islam telah menenangkan jiwanya dan mengukuhkan langkahnya menghadapi setiap ujian. Segala cabaran yang datang dijadikannya peluang untuk mendakwahkan Islam di negara yang buat masa sekarang memusuhi agama yang benar ini.

Tuesday, June 29, 2010

Ciri Anak Soleh




10 CIRI-CIRI ANAK YANG SOLEH


1.Mempunyai iman @ aqidah yang sempurna.

2.Beramal soleh (mengamalkan perintah Allah S.W.T)

cth : sentiasa menunaikan solat,puasa,membelanja wang ke jalan Allah,berpakaian secara Islam,bergaul secara Islam dan sentiasa memastikan makanan dan minuman dari yang halal.


3.Menghormati Ibubapa,guru,orang tua,jiran & kawan.

4.Rajin beribadat kepada Allah S.W.T dan berdoa kepada-Nya.

5.Mempunyai kesedaran dan tanggugjawab beragama.

6.Sentiasa berdoa kepada ibubapa samada yang masih hidup @ telah meninggal dunia.

7.Memiliki akhlak @ moral yang baik.

8.Rajin belajar dan membaca serta tekun dalam pekerjaan/pembelajaran dan memiliki sifat tidak putus asa.

9.Berusaha dan bertawakal kepada Allah S.W.T.

10.Ikhlas,yakni melatih diri melakukan sesuatu tugas dengan ikhlas kerana Allah S.W.T.


Petikan: http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=23291

Tuesday, May 4, 2010

Syukur - sifat terpuji seorang hamba


Surah Luqman ayat [12] bermaksud :
"Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)”. Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji."

- anak2ku, sentiasa bersyukur kepada Allah SWT, kerana sesungguhnya terlalu banyak nikmat yang dikurniakan kpd kita hamba2Nya. Tak terhitung. Bermula kita dgn cantuman benih ibu bapa kita - hanya SATU shj yg tersenyawa, drp jutaan sel - itulah kita. Allah bg peluang utk kita hidup, merasai nikmat segalanya di dunia. Allah turunkan Rasul sbg pemberi panduan, contoh teladan, pembimbing, pemimpin, hakim, malah dalam serba serbi peranan, Allah bagi demonstrasi contoh yang hidup, yg praktikal...lihatlah, dengar & ikutlah insan sempurna (al-insan al-kamil) ini -
Muhammad Rasulullah SAW.

- Allah bagi lagi kitab al-Qur'an, petunjuk/hidayah sehingga hari Kiamat...apa sj tak tahu, tak faham, punca perselisihan....kembalilah kpd 2 sumber - Kitabullah dan Sunnah rasulNya...nescaya tak sesat.

- Nikmat diri kita: rambut, otak, mata, telinga, hidung, mulut, badan, tangan, kaki, sistem penghazaman, pernafasan, sistem darah & limfa, sistem homeostasis/ginjal, sistem saraf, tulang & otot, emosi/perasaan, hati/jiwa/ruh, dan seluruh kemampuan manusia...SEMUAnya Allah yg bagi, bukan kita yang cipta, bukan ibu bapa kita yg selenggara...mereka hanya membela, mendidik kita. Tak terkira berapa byk lagi nikmat diri badan kita sahaja...

-Nikmat makan minum, pekerjaan, alam sekitar, siang-malam, hujan-panas, tumbuhan-binatang, bintang-cakerawala, laut-gunung, sungai-tasik, batu batan-galian, air, udara,....bak kata omputih: "U name it, u got it"...yes everything is Allah's creations, given to us mankind...as a His "khalifah", to uphold the amanah - mentadbir alam agar makmur, aman, bahagia, selesa,...

-Tapi apakah kita manusia mensyukuri nikmatNya?
Adakah kita jaga amanah itu?
Apakah alam ditadbir ikut perintahNya?
Apakah kita hidup mengikut peraturanNya?
Kehidupan peribadi, keluarga, masyarakat, negara, umat dunia...apakah diperintah dengan undang2 Allah, cara yang Allah SWT tentukan?
Inilah punca kesengsaraan manusia....tak ikut apa yg Allah SWT perintahkan.

Olehitu, kembalilah kpd ajaranNya, contoh RasulNya...insyaAllah bahagian dunia akhirat. Sentiasa bersyukur kepadaNya...alhamdulillahi Rabbil 'aalamiin.

Sunday, May 31, 2009

Wahai anakku 1

Salam,

Aduh, ini kali kedua aku membuka akaun yang sama dengan tajuk yg sama. Blog yg pertama hari tu dah hilang..entah ke mana. Ter"delete" ke, didelete ke (mungkin ada yg sakit hati/cemburu/tidak sengaja..), atau kami terlanggar syarat apa2 ke...tak tau lah pulak.

Sekali lagi, niatku utk memberi nasihat, bimbingan dan pesanan/amanat kpd anak2ku,bakal cucu & cicit-piutku, anak2 murid/pelajarku, juga sesiapa sahaja yang lebih muda drpku atau sekadar berkongsi pengalaman dgn rakan2 sebayaku @ yg lebih tua drpku.

Ya bunayya..itulah panggilan mesra, & manja, Allah SWT Rabbul Jalil, memanggil anak2 manusia utk belajar & memberi pesanan, berpandukan Al-Qur'an dan jg As-Sunnah.

Jadi, marilah sama2lah kita:
  • belajar & mengajar...
  • menjadi anak2 yg solehah/soleh...
  • menjadi contoh teladan...
  • Sentiasa tegur menegur ke arah kebaikan dan ketakwaan, serta;
  • membina keluarga bahagia yg akan jadi contoh teladan.

jmpa lg nanti.